16 jawatan ketua bahagian dicabar - Utusan Malaysia

16 jawatan ketua bahagian dicabar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 25 Jun – Pemilihan UMNO di nege­ri ini pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) berlangsung menarik apabila 16 daripada 26 jawatan ketua bahagian menyaksikan pertandingan bagi penggal 2018-2021.

Hishammuddin Tun Hussein
HISHAMMUDIN TUN HUSSEIN
Azalina Othman Said
AZALINA OTHMAN SAID
Razali Ibrahim
RAZALI IBRAHIM
KUALA LUMPUR, 02 April 2018
HAMIM SAMURI

Setiausaha Badan Perhubu­ngan UMNO negeri, Datuk Md. Jais Sarday berkata, hanya 10 ketua bahagian termasuk seorang muka baharu iaitu Ketua UMNO Bahagian Kota Tinggi, Muszaide Makmor yang diisytiharkan menang tanpa bertanding.

Menurutnya, sembilan lagi ke­tua bahagian yang menang tanpa bertanding ialah Ismail Mohamed (Pagoh), Datuk Ir Hamim Samuri (Ledang), Datuk Seri Razali Ibrahim (Muar), Datuk Zulkurnain Kamisan (Parit Sulong), Datuk Samsol Bari Jamali (Ayer Hitam), Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Sembrong), Datuk Seri Azalina Othman Said (Pengerang), Datuk Ir. Hasni Mohammad (Pontian) dan beliau di Kluang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebanyak 14 bahagian bakal menyaksikan pertandingan satu lawan satu, manakala dua bahagian, iaitu Bakri dan Batu Pahat pula melibatkan pertandingan tiga penjuru,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Md. Jais berkata, antara ketua bahagian yang dicabar pada pemilihan kali ini ialah Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri; Tan Sri Shahrir Abdul Samad (Johor Bahru), Datuk Nur Jazlan Mohamed (Pulai), Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi (Batu Pahat) dan Datuk Dr. Adham Baba (Tenggara).

Pemilihan kali ini juga, katanya, menyaksikan empat pe­nyandang ketua bahagian tidak mempertahankan jawatan mereka, iaitu Datuk Dr. Abdul Latif Ahmad (Mersing), Datuk Ab. Aziz Kaprawi (Sri Gading), Datuk Md. Othman Yusof (Tanjung Piai) dan Datuk Daing A. Malek Daing A. Rahaman (Kota Tinggi).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini