RM3.5b tanah Felda di Pahang - Utusan Malaysia

RM3.5b tanah Felda di Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAUB 25 Jun – Dengan nilai purata tanah semasa kira-kira RM80,000 bagi setiap 0.4 hektar, kerajaan negeri telah meluluskan pemberian tanah bernilai kira-kira RM3.5 bilion kepada 43,124 peneroka Felda di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, daripada jumlah berkenaan, seramai 38,178 peneroka menerima surat hak milik yang diserahkan oleh kerajaan negeri.

“Kalau kita membangunkan sendiri, beri kepada agensi dan sebagainya, kita boleh dapat ha­sil. Namun tanggungjawab kepada rakyat yang mana kerajaan pada masa itu di bawah kepemimpinan bekas Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein memikirkan bahawa masyarakat Melayu di luar bandar perlu te­rus dibela dan salah satu caranya ialah dengan mewujudkan Felda.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya berharap peneroka Felda dapat berfikir dan mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri yang sanggup berkorban memberikan tanah ini semata-mata untuk rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis penyerahan surat hak milik tanah peneroka Felda Tersang 2 dan Felda Tersang 3 di Masjid Felda Tersang 2 di sini, hari ini.

Dalam majlis itu, beliau me­nyampaikan surat hak milik ta­nah kepada 501 peneroka Felda Tersang 1 dan Tersang 2.

Yang hadir sama ialah Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda, Koperasi, Usahawan dan Hal Eh­wal Pengguna negeri, Datuk Nazri Ngah; Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli negeri, Datuk Abd. Aziz Mat Kiram; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dong, Datuk Seri Shahiruddin Ab. Moin dan Pegawai Daerah, Datuk Hamdan Husin.

Menurut Wan Rosdy, pada masa ini, nilai purata tanah rancangan Felda di negeri ini adalah sekitar RM80,000 hingga RM100,00 bagi setiap 0.4 hektar.

Setakat ini katanya, hanya 11 peratus atau kira-kira 4,948 pe­neroka yang belum menerima surat hak milik.

“Kita akan beri geran kepada kesemua baki peneroka secara berperingkat selepas segala pro­ses siap dilakukan dari semasa ke semasa,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini