KUALA LUMPUR 25 Jun – Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan tindakan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan rasmi kementerian dalam bahasa Mandarin hanyalah ‘kesilapan’ kecil.
LIM GUAN ENG
Perdana Menteri berkata, semua orang melakukan kesilapan dan perkara itu tidak perlu diperbesar-besarkan.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Ini kesilapan kecil, tidak mahu jadi isu besar.
“Kadangkala kita buat silap. Saya fikir patut dibuat dalam tiga bahasa untuk khalayak Cina,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE











