Peniaga kilang papan didenda RM10,000 - Utusan Malaysia

Peniaga kilang papan didenda RM10,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 25 Jun – Seorang peniaga kilang papan dipenjara sehari dan didenda RM10,000 di Mahkamah Sesyen di sin sebentar ini selepas mengaku bersalah memberi rasuah RM500 kepada penguat kuasa Majlis Perbandaran Kluang (MPK) pada awal bulan ini.

Tertuduh, Yau Chang Hong, 31, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun yang turut memerintahkan lelaki itu dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa memberi suapan wang tunai sebanyak RM500 kepada pembantu penguat kuasa, Nik Ekbar Effendi Nik Sazali, 31, sebagai dorongan untuk tidak mengeluarkan kompaun dan mengambil tindakan ke atas perniagaan kilang papan di alamat No. 182, Jalan 10, Kg Gajah, Kluang.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tertuduh didakwa menjalankan perniagaan tanpa lesen MPK dan menjadikan rumah selain maksud asal iaitu kilang memproses kayu dan papan.

Chang Hong dituduh mengikut seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa SPRM, Mohamad Anis Redza Mohamad Anuar. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini