Ozlynn selamat lahir puteri kedua pada raya ketiga - Utusan Malaysia

Ozlynn selamat lahir puteri kedua pada raya ketiga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Jun – Pasangan selebriti popular, Johan Yazid dan Ozlynn Wati hari ini mengumumkan mereka telah menimang cahaya mata kelima yang juga puteri kedua pada 17 Jun lalu bersamaan 3 Syawal secara normal.

Menerusi akaun Instagram milik pasangan itu, Johan memberitahu bahawa Ozlynn dan bayi berada dalam keadaan sihat dan telah pun dibenarkan pulang ke rumah walaupun berlaku sedikit masalah ketika proses melahirkan anak.

“Awalnya Ozlynn berhadapan kesukaran untuk melahirkan bayi, tetapi dia paksa juga dan akhirnya berjaya. Alhamdulillah kedua-duanya sihat dan selamat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Buat masa ini, saya bukannya enggan menerima kunjungan pelawat, tetapi mahu membiarkan Ozlynn berehat secukupnya,” katanya memetik kapsyen yang dimuat naik.

Pada masa yang sama, pasangan itu juga buat pertama kali mendedahkan kepada umum wajah comel anak mereka menerusi sebuah klip video dan sekeping foto.

Tambah Johan, apabila tiba masa yang sesuai, barulah mereka terbuka menerima kunjungan rakan-rakan yang tidak sabar untuk melihat anaknya dengan lebih dekat.

Terdahulu, Johan dan Ozlynn telah dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ariq, 13; Sodiq, 8; Haziq, 5 dan Chantiq, 3. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini