Gol Honda selamatkan Jepun - Utusan Malaysia

Gol Honda selamatkan Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

EKATERINBURG, Rusia 25 Jun – Keisuke Honda muncul penyelamat Jepun apabila meledak gol penyamaan ketika membantu pasukannya mengikat Senegal 2-2 dalam aksi kedua Kumpulan H Piala Dunia di Arena Ekaterinburg, sebentar tadi.

Skuad kendalian Aliou Cisse terlebih dahulu berada di depan seawal minit ke-11 menerusi jaringan penyerang Liverpool, Sadio Mane selepas Eiji Kawashima gagal mengeluarkan bola dengan baik.

Perlawanan tersebut berlangsung dengan seimbang dan Jepun berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-34 hasil percubaan Takashi Inui selepas menerima hantaran daripada Yuto Nagatomo.

Memuatkan artikel berkaitan…

Senegal kembali berada di depan hasil jaringan Moussa Wague pada minit ke-71 berpunca daripada hantaran Mbaye Niang.

Ketika kemenangan seakan-akan berpihak kepada Senegal, bekas pemain AC Milan, Honda mencuri satu mata berharga apabila meledak gol penyamaan selang tujuh minit kemudian. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini