Tahniah Ahmad Zahid kepada ketua baharu sayap UMNO - Utusan Malaysia

Tahniah Ahmad Zahid kepada ketua baharu sayap UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 24 Jun – Naib Pre­siden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan tahniah dan syabas kepada ketua-ketua pergerakan parti yang menang dalam pemilihan serentak semalam.

Beliau berkata, pemilihan terbuka di semua peringkat membolehkan setiap ahli UMNO bertanding semua jawatan. 
Jelasnya, keterbukaan pemilihan tanpa syarat tertentu yang diputuskan baru-baru ini adalah ibu kepada segala demokrasi dalam sejarah pemilihan UMNO sejak 1988.

“Tahniah dan syabas atas kemenangan semua Ketua-ketua Pergerakan pada pemilihan Sabtu lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini memaparkan UMNO kini lebih terbuka, demokratik dan inklusif yang membolehkan lebih 165,000 perwakilan membuat pilihan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 
Beliau berkata demikian me­ngulas mengenai pe­milihan UMNO peringkat sayap yang berlangsung semalam.

Sebanyak 191 bahagian UMNO mengundi bagi memilih kepemimpinan ketiga-tiga sayap parti untuk tempoh 2018 hingga 2021.

Ahmad Zahid menambah, ini merupakan pembaharuan UMNO dan langkah pertama menuju pembaharuan agar parti terus relevan dalam pentas politik tanah air.

“Marilah bersama-sama terjemahkan UMNO Bangkit! yang kita laungkan sebagai slogan untuk terus memperkukuh dan merelevankan UMNO di hati rakyat Malaysia khususnya orang Melayu dan bumiputera. 
“Ibarat aur dengan tebing, kembalilah bersatu demi kepentingan UMNO,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini