Saya hanya komen 
selepas 30 Jun – Annuar - Utusan Malaysia

Saya hanya komen 
selepas 30 Jun – Annuar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 24 Jun – Calon Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa mahu berada dalam fasa bertenang daripada mengulas berhubung keinginannya untuk bertanding merebut kerusi panas badan induk tersebut.

Jelas bapa pembangunan bola sepak Kelantan itu, dia ha­nya ingin mengulas berhubung kedudukan­nya bertanding untuk jawatan tersebut dalam Kongres Ke-54 pemilihan bagi baki penggal 2017-2021, selepas 30 Jun ini.

Annuar kini sedang memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap perebutan jawatan Timbalan Presiden UMNO dan bakal berdepan satu lawan satu menentang bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam pemilihan parti keramat Melayu itu pada 30 Jun ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Nantilah…tunggu selepas 30 Jun ini, selepas itu baru kita cerita (berhubung perebutan jawatan Presiden FAM).

“Tarikh Kongres FAM itu masih jauh lagi (14 Julai ini). Terima Kasih,” katanya ketika ditemui pada majlis jamuan sempena Hari Raya Aidilfitri anjurannya di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara di sini, hari ini.

Jawatan Presiden FAM kosong selepas Jawatankuasa Eksekutif FAM pada Mesyua­rat Khas Pertama bagi penggal 2017-2021 pada 2 April lalu menerima peletakan jawatan Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai Presiden FAM.

Perebutan kerusi No. 1 FAM bakal menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Annuar dengan pencabarnya, Datuk Hamidin Mohd. Amin yang juga Setiausaha Agung badan induk tersebut.

Annuar bagaimanapun berde­pan misi getir susulan Hamidin mendapat pencalonan daripada 18 ahli gabungan FAM.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini