Biarlah mereka keluar - Mohamad - Utusan Malaysia

Biarlah mereka keluar – Mohamad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU 24 Jun – Tindakan parti komponen Barisan Nasional (BN) yang bertindak meninggalkan gabungan itu serta pemimpin UMNO yang keluar parti perlu dibiarkan dan tidak sepatutnya menjejaskan mereka yang masih setia.

Malah secara sinis, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan mengucapkan syukur dengan tindakan tersebut.

“Kepada mereka yang lari meninggalkan BN, syukur Alhamdulillah,” katanya ketika ditemui dalam Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran beliau di Kampung Tanjung, Rantau di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mohamad mengulas tindakan parti Gerakan meninggalkan BN serta 10 ketua cawangan UMNO dalam Bahagian Rasah dan Rembau mengumumkan keluar parti, semalam.

Beliau menyifatkan mereka seperti tikus dan langau yang akan melarikan diri apabila tidak mendapat manfaat daripada situasi semasa.

“Mereka ini seperti mencari peluang lain apabila parti yang diterajui sudah hilang kuasa. Biarlah mereka,” katanya.

Beliau turut meminta ahli-ahli UMNO dan BN yang masih kekal setia untuk meneruskan perjuangan walaupun terpaksa berdepan dengan cabaran yang getir.

“Biarlah kita jadi seperti garam yang sentiasa memberi faedah dalam apa jua situasi,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini