Tubuh Jawatankuasa pantau siasatan pembunuhan Altantuya - Utusan Malaysia

Tubuh Jawatankuasa pantau siasatan pembunuhan Altantuya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 24 Jun – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan meneliti keperluan menubuhkan satu jawatankuasa bagi memantau siasatan pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu dibuka semula.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, pihaknya akan mengambil kertas siasatan terdahulu bagi meneliti sekiranya terdapat aspek lain bagi meneruskan siasatan.

Menurut beliau, saksi-saksi terdahulu juga akan dipanggil semula untuk siasatan sekiranya terdapat elemen baharu seperti dakwaan laporan polis yang dibuat bapa kepada Altantuya Shaariibuu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pasukan penyiasat yang menyiasat kes ini juga akan dipanggil semula untuk bantu siasatan tersebut.

“Mahkamah sudah pun mengeluarkan keputusan berhubung kes pembunuhan berprofil tinggi tersebut dan perbincangan akan dilakukan bersama Peguam Negara untuk proses siasatan diteruskan,” katanya selepas menghadiri Mesyuarat Tahunan Persatuan Bekas Polis Malaysia kali ke-40 di Hotel Kuala Lumpur International.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini