Jangan celaru perihal agama, LGBT - Utusan Malaysia

Jangan celaru perihal agama, LGBT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG, SAYA ingin ucapkan tahniah kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa di atas dua keputusan beliau baru-baru ini yang bukan sahaja mempertahankan kesucian Islam malah menolak gaya hidup songsang.

Pertama berkaitan satu ketetapan perlindungan hak berpakaian menutup aurat untuk wanita Islam dalam semua industri khususnya penerbangan dan perhotelan.

Isu ini telah lama berlegar malah dijadikan jenaka oleh sesetengah orang bukan Melayu dalam media sosial kononnya tudung itu menggambarkan penindasan dan gaya hidup pengganas.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sekurang-kurangnya kerajaan perlu menegaskan pekerja wajib diberi pilihan sekiranya mahu memakai tudung dan menutup aurat tanpa diskriminasi agama.

Kedua, arahan beliau supaya gambar aktivis lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), Nisha Ayub dan Pang Khee Teik dalam Festival George Town di Pulau Pinang diturunkan serta-merta.

Malangnya, dalam sidang akhbar beliau bersama Nisha berhubung isu tersebut, pak menteri menonjolkan kecelaruan minda apabila menggelar lelaki transgender tersebut sebagai she dan her tetapi kemudiannya ‘bersalam’ pula dengannya. Lebih mengejutkan bila Mujahid didakwa ‘membenarkan’ golongan transgender masuk ke tandas wanita.

Dua keputusan yang baik tidak membetulkan satu keputusan yang salah. Baru sahaja umat Islam mahu berbangga dengan keputusan bijak menteri, sekali lagi berlaku ‘flip flop’ yang menunjukkan kecelaruan dalam menangani hal berkaitan agama.

AKTIVIS TUDUNG

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN