Fokus tanggungjawab selaku pewaris kepemimpinan negara - Utusan Malaysia

Fokus tanggungjawab selaku pewaris kepemimpinan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 Ogos – Mahasiswa perlu bersedia dan lebih fokus kepada tanggungjawab bakal digalas sebagai pewaris kepemimpinan bagi memastikan kesejahteraan negara kekal terpelihara.

Gesaan oleh Presiden Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina), Azam Asri itu bertepatan dengan cabaran semasa yang menyaksikan amanah dipikul semakin getir dan memerlukan kesungguhan setiap anak muda mempertahankan kerukunan sebuah negara berdaulat.

Menurut beliau, pada masa sama, semua 50,000 ahli Pembina perlu tampil sebagai mahasiswa yang memiliki jati diri dan bersedia harungi fasa peralihan di dalam pentadbiran negara yang kini berdepan ancaman dari dalam dan luar negara.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Semua ahli Pembina perlu bersedia pikul amanah demi negara tercinta. Saranan ikhlas ini tiada agenda politik mahupun perkauman sebaliknya satu ajakan menggembleng kudrat serta upaya mahasiswa untuk menentang ancaman sekular dan liberal yang kini semakin bertebaran,” katanya ketika ditemui dalam majlis Minum Petang Anak Bangsa di Ibu Pejabat Pembina, hari ini. UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×