MCPF gesa pinda Akta Racun 1952, banteras penggunaan daun ketum - Utusan Malaysia

MCPF gesa pinda Akta Racun 1952, banteras penggunaan daun ketum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YAN – Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) menggesa kerajaan meminda Akta Racun 1952 dan meletakkannya di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 bagi mengatasi masalah penyalahgunaan daun ketum di negara ini.

Naib Pengerusi Kanan MCPF, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, sudah tiba masanya masalah berkaitan ketum diambil perhatian semula oleh kerajaan baharu yang mentadbir hari ini selepas ia tertangguh sebelum ini.

“Ada cakap-cakap nak buat pindaan undang-undang untuk diletakkan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 tetapi belum dapat dilaksanakan lagi, ia patut diberi penekanan oleh kerajaan sebab makin ramai yang terlibat menggunakan daun ketum.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya harap Kementerian Dalam Negeri (KDN) dapat mencari kaedah penyelesaian terbaik termasuk meminda undang-undang sedia ada agar lebih tegas dan hukuman lebih berat,” katanya pada Program Townhall Engagement MCPF peringkat negeri Kedah yang bertemakan “Toleransi Sifar Terhadap Dadah” di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Sahabudin Abd. Manan. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×