Khalid Ibrahim bukan calon Pas - Utusan Malaysia

Khalid Ibrahim bukan calon Pas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 11 Ogos – Pas menafikan dakwaan kononnya parti itu akan mempertaruhkan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia, 8 September depan.

Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Prof. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, sebaliknya kepemimpinan tertinggi parti itu sudah mengenal pasti calon yang layak dan sesuai untuk bertanding di kerusi DUN berkenaan.

“Kita sudah menyenarai pendek beberapa nama dan tinggal diangkat kepada Majlis Syura Ulama Pas untuk proses kelulusan dahulu. Selepas itu, baru kita umumkan siapa calon tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini juga sebahagian daripada strategi sebelum sampai 18 Ogos depan (penamaan calon),” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda Pas negeri, di sini hari ini.

PRK DUN Seri Setia diadakan selepas penyandangnya, Prof. Dr. Shaharuddin Badaruddin, meninggal dunia awal bulan ini di Hospital Putrajaya akibat barah usus dihidapinya sejak dua tahun lalu.

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Pakatan Harapan menang dengan majoriti 19,372 undi di Seri Setia menewaskan calon Pas dan Barisan Nasional. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×