Dasar perumahan baharu Sabah dan Sarawak diperkenal September ini - Utusan Malaysia

Dasar perumahan baharu Sabah dan Sarawak diperkenal September ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan memperkenalkan dasar perumahan rakyat baharu pada September ini khususnya untuk rakyat di Sabah dan Sarawak.

Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata,  kajian menyeluruh akan dijalankan secepat mungkin agar harga minimun rumah kos rendah dapat diseragamkan memandangkan pendapatan golongan berpendapatan rendah (B40) bagi negeri ini lebih rendah berbanding semenanjung.

“Kita akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Sarawak dan Menteri Perumahan Tempatan Negeri bagi membincangkan perkara itu agar harga rumah mampu milik dapat diseragamkan sebelum kita umumkan kelak.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jika harga minimum ini ditetapkan maka para pemaju tidak boleh menaikkan harga rumah sesuka hati,” katanya ketika berucap pada majlis Penyerahan Projek Program Perumahan Rakyat Samarahan di sini hari ini.

Zuraida berkata, melalui polisi baharu itu, spesifikasi sebuah rumah harus mempunyai keluasan sekurang-kurangnya 1,000 kaki persegi.

“Selain keluasan, kementerian juga mahu pemaju yang mengendalikan projek itu nanti menyediakan kemudahan yang sempurna seperti surau, tadika dan taman permainan yang boleh menampung kapasiti penduduk di taman perumahan itu. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×