Tiada yang istimewa - SM Faisal - Utusan Malaysia

Tiada yang istimewa – SM Faisal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 11 Ogos- Tidak melihat ada yang istimewa mengenai hubunganya dengan pelakon Puteri Aishah, ahli perniagaan Datuk Wira SM Faisal SM Nasimuddin, menjelaskan hubungan yang terjalin antara dia dan pelakon filem Pulang itu tidak lebih daripada kawan biasa.

“Tiada yang istimewa, kami hanya kawan biasa. Tiada benda lain.

“Saya mengenali dia melalui sepupu saya memandangkan mereka berasal dari Negeri Sembilan,” katanya jujur.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara itu ditanya mengenai sokongannya terhadap dunia lakonan Puteri Aishah, Faisal tidak menolak dia berasa bangga dengan kemampuan rakannya itu.

“Saya sudah menonton filem Pulang dan lakonannya sangat bagus.

Saya amat bangga dengannya dan sebagai rakan akan sentiasa menyokong dia,” jelasnya lagi.

Hubungan dua selebriti laman sosial Instagram ini menjadi buah mulut warganet apabila Faisal pernah memuat naik gambar mesra berdua.

Bagaimanapun Puteri Aishah sebelum ini juga turut mengeluarkan kenyataan yang sama seperti Faisal, menjelaskan hubungan yang terjalin antara mereka hanya rakan biasa. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×