Ratusan peminat bakal hadiri EPL@Utusan - Utusan Malaysia

Ratusan peminat bakal hadiri EPL@Utusan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 10 Ogos – Standard Chartered Bank, penaja global kelab bola sepak Liverpool menganggarkan ratusan penyokong kelab terkemuka England itu akan hadir pada acara EPL@Utusan Liverpool melawan West Ham, Ahad ini.

Acara menonton secara langsung itu adalah sebahagian daripada program EPL@Utusan dan diadakan dengan kerjasama kelab penyokong rasmi Liverpool, All Reds Malaysia (ARM) dan rakan korporat Kumpulan Utusan.

Ketua Kemampanan dan Hal Ehwal Korporat Standard Chartered, Mastura Adnan berkata, tarikan bagi acara EPL@Utusan yang merupakan kali ketiga dianjurkan, bakal menyediakan hadiah cabutan bertuah berupa tiga helai jersi Liverpool musim 2018-19 dan barangan cenderamata LFC.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, sepak mula perlawanan ialah pada pukul 8.30 malam dan acara cabutan bertuah akan diadakan selepas itu, selain beberapa aktiviti menyeronokkan disedia di lobi Dewan Utusan, Ibu Pejabat Kumpulan Utusan di Jalan Utusan, Melalui Jalan Chan Sow Lin, 55200, Kuala Lumpur.

“Penyertaan adalah terbuka kepada ahli ARM dan tetamu undangan Standard Chartered Bank iaitu kakitangan dan pelanggan terpilih Bank yang menyokong LFC.

“Ini adalah satu daripada program unik Standard Chartered Bank sebagai penaja global kelab terkemuka ini di Malaysia demi mendekati penyokong tempatan di mana kami beroperasi,” katanya.

Terdahulu, ARM membuka kaunter pendaftaran khas untuk warga Standard Chartered di ibu pejabat bank tersebut di Jalan Sultan Ismail hari ini, sebagai sebahagian daripada tarikan acara EPL@Utusan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini