KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini semalam menolak permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mendapatkan perintah larangan bagi menghalang media dan orang awam daripada melaporkan mengenai merit kes bagi kesemua pertuduhan yang dihadapinya.
Hakim Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali membuat keputusan itu selepas tujuh jam mendengar hujahan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan hujahan balas oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria.
Ketika membuat keputusan itu, Mohd. Nazlan berkata, undang-undang menghina mahkamah sedia ada dan undang-undang fitnah telah menyediakan ruang yang perlu untuk menghadapi sebarang risiko prejudis atau campur tangan terhadap sistem pentadbiran undang-undang jenayah negara kita.
“Perintah larangan (gag order) peringkat lebih awal dengan mengguna pakai undang-undang menghina mahkamah hanya boleh diberikan dalam kes-kes tertentu di mana terdapat risiko prejudis yang benar-benar besar, jelas membahayakan serta serius,” katanya.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.











