Pengalaman politik jadi sandaran - Utusan Malaysia

Pengalaman politik jadi sandaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul yakin pengalamannya selama lebih 19 tahun di dalam arena politik mampu menjadi faktor penarik bagi memenangi jawatan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pemilihan parti itu bulan depan.

Johari
JOHARI

Beliau berkata, penglibatan politiknya bersama gerakan reformasi yang dipimpin, Datuk Seri Anwar Ibrahim bermula sejak tahun 1998 selepas Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dipecat daripada UMNO.

“Saya menyertai beliau (Anwar) dalam gerakan reformasi tersebut sehingga tertubuhnya Parti Keadilan Nasional (kini PKR) pada 4 April 1999. Jadi saya tidak pernah satu hari pun terkeluar daripada kepimpinan parti hingga ke hari ini,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, sebelum ini beliau pernah memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PKR dan tidak pernah bertanding untuk me­rebut mana-mana jawatan dalam parti.

“Namun kali ini, saya membuat keputusan bagi melepaskan jawatan itu untuk bertan­ding sebagai calon Naib Presiden PKR,” kata­nya yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Pakatan Harapan.

Johari, 63, merupakan antara pemimpin PKR yang tersenarai dalam kumpulan Reformasi 20 Tahun diketuai Rafizi Ramli yang bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden PKR.

 

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini