Allegri tidak kecewa tolak Real - Utusan Malaysia

Allegri tidak kecewa tolak Real

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROM – Jurulatih Juventus, Massimiliano Allegri ya­kin beliau telah membuat keputusan tepat untuk te­rus kekal di Turin selepas menolak tawaran dari Real Madrid.

Allegri, 50, telah dikaitkan dengan kelab Liga Perdana England, Arsenal dan juara Eropah, Real pada akhir musim lalu sebelum memutuskan untuk terus kekal bersama kelab gergasi Serie A itu.

Real akhirnya melantik bekas jurulatih Sepanyol, Julen Lopetegui pada Jun lalu ekoran pemergian Zi­nedine Zidane selepas Allegri mengesahkan beliau menolak peluang untuk menggantikan pengendali Perancis itu di Santiago Bernabeu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya berkata ‘tidak’ kepada Real kerana telah menyatakan komitmen kepada Presiden Juventus ini.

“Jadi, saya sangat menghormati Juventus dan mahu mengotakan janji. Itulah sebab mengapa saya menolak tawaran dari Real yang merupakan kelab terbesar di dunia dan impian setiap jurulatih (mengendali Real).

“Saya akan menjadi hipokrit jika saya tidak berbangga selepas berada dalam pertimbangan Real tetapi dalam masa yang sama, saya yakin telah membuat keputusan tepat.

“Adakah saya seperti legenda, Gianluigi Buffon atau Alessandro Del Piero? Sudah tentu kerana mereka adalah bekas pemain yang melakarkan banyak sejarah bersama Juventus manakala saya baharu empat tahun bersama kelab ini,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini