Pemandu lori tersepit di celah dinding - Utusan Malaysia

Pemandu lori tersepit di celah dinding

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Seorang pemandu lori rangkaian pasar raya terkemuka melalui detik mencemaskan apabila tersepit di antara lori dan dinding sebuah kawasan meletak kenderaan di sebuah kondominium di Damansara Perdana di sini malam semalam.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, bomba menerima panggilan kecemasan berkenaan kejadian tersebut pada pukul 7.06 malam.

“Seramai tujuh anggota dan sebuah jentera dikejarkan dari Balai Bomba dan Penyelamat Damansara ke lokasi kejadian.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Setibanya di sana, anggota yang bertugas mendapati pemandu lori berusia 28 tahun itu tersepit di antara lori dan dinding selepas lori tersebut menggelungsur walaupun brek tangan sudah ditarik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menambah, mangsa bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan serius di tubuhnya dan telah dibawa ke Hospital Sungai Buloh melalui ambulans paramedik di lokasi kejadian berkenaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×