Irwan Siregar lapor SPRM berhubung kehilangan RM18 bilion dana bayar balik GST - Utusan Malaysia

Irwan Siregar lapor SPRM berhubung kehilangan RM18 bilion dana bayar balik GST

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd. Irwan Serigar Abdullah hari ini hadir ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini berhubung wang cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang didakwa telah hilang.

Mohd. Irwan ketika ditemui berkata, laporan tersebut dibuat bagi membolehkan SPRM membuat siasatan mengenai dakwaan yang dibuat Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam Dewan Rakyat kelmarin.

“Saya nak benda lebih teliti pasal dia kata kehilangan. Wang itu masuk dalam Kumpulan Wang Disatukan Kerajaan Persekutuan,” katanya ketika ditemui pemberita.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau yang hadir bersendirian ke SPRM pada pukul 11.15 pagi dan meninggalkan pekarangan ibu pejabat itu pada pukul 11.45 pagi. – K! ONLINE

Irwan memberi komen kepada wartawan selepas membuat laporan kepada SPRM di Putrajaya hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×