Pulau Pinang akan minta bantuan kerajaan Persekutuan biayai kos LRT1 - Utusan Malaysia

Pulau Pinang akan minta bantuan kerajaan Persekutuan biayai kos LRT1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN – Kerajaan Negeri akan meminta bantuan Kerajaan Persekutuan untuk membiayai projek Transit Aliran Ringan (LRT) dan projek lebuh raya Pan Island Link 1 (PIL 1) sekiranya projek Penambakan Laut di Selatan Pulau Pinang (PSR) tidak dilaksanakan.

Ketua Menterinya, Chow Kon Yeow berkata, pada masa ini PSR masih menjadi model pembiayaan tunggal bagi Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) walaupun Kerajaan Negeri sedang mempertimbangkan alternatif lain.

Beliau berkata, cadangan pembiayaian melalui PSR ini bukan sahaja dapat menampung sepenuhnya kos pembinaan projek LRT dan PIL1, malah akan membantu menanggung kos operasi dan penyelenggaraan melalui penjanaan pendapatan daripada pembangunan tanah PSR.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sekiranya PSR tidak dilaksanakan maka Kerajaan Negeri perlu mendapatkan bantuan daripada  Kerajaan Persekutuan untuk membiayai projek LRT dan PIL 1,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi soal jawab pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini bagi menjawab persoalan yang dibangkitkan Lee Khai Loon (PH-Machang Bubuk) mengenai cara yang lebih lestari dan kos efektif dalam pelaksanaan PTMP. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×