Air Selangor nafi kerajaan negeri bayar 10 kali ganda kepada Splash - Utusan Malaysia

Air Selangor nafi kerajaan negeri bayar 10 kali ganda kepada Splash

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 10 Ogos – Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) menafikan dakwaan bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kononnya kerajaan negeri membayar nilai 10 kali ganda kepada Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn. Bhd. (Splash).

Air Selangor nafi kerajaan negeri bayar 10 kali ganda kepada Splash
 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Suhaimi Kamralzaman dakwaan itu tidak benar sama sekali selain menerangkan bahawa nilai asal pengambilalihan Splash iaitu RM250 juta seperti yang dibangkitkan Abdul Khalid sebelum ini adalah jumlah yang ditawarkan kepada pemegang saham pada tahun 2013.

Jumlah RM250 juta katanya diperoleh berasaskan kadar 12 peratus kadar pulangan pelabuhan saham yang dikira pada permulaan konsesi iaitu pada Januari 2000 sehingga 31 Disember 2013 selain ditolak dengan dividen yang telah dibayar sebelum ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jadi angka RM250 juta inilah yang ditawarkan kepada pemegang saham Splash pada 2013. Jumlah itu turut melibatkan diskaun pada kadar 86 peratus dari nilai buku bersih Splash yang berjumlah RM1.84 bilion pada 31 Mac 2013,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Tambah Suhami, harga pengambilalihan RM250 juta itu telah ditolak para pemegang saham Splash disebabkan kadar diskaun yang ditawarkan adalah terlalu tinggi mengikut nilai buku bersih syarikat konsesi tersebut sehinggakan proses pengambilalihan tertunggak selama lima tahun sebelum ini.

 

Ekoran tiada penyelesaian dapat dicapai dalam tempoh berkenaan, ia telah menyebabkan hutang tertunggak pembelian air terawat Splash telah mencecah RM4.7 bilion ketika ini.

Dalam pada itu, Suhaimi mempertahankan pengambilalihan Splash oleh Air Selangor pada nilai RM2.55 bilion yang dimuktamadkan pada 3 Ogos lalu selain menegaskan jumlah itu adalah lebih rendah daripada penilaian nilai buku bersih yang dilakukan tiga badan penilai bebas yang dilantik oleh kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×