Mohd. Faisal dilantik Ketua Polis Daerah Port Dickson - Utusan Malaysia

Mohd. Faisal dilantik Ketua Polis Daerah Port Dickson

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON – Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Deputi Superintenden Mohd. Faisal Mohd. Noor dilantik sebagai Ketua Polis daerah yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Beliau menggantikan Superintenden Zainudin Ahmad yang bersara selepas berkhidmat selama 41 tahun dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM). 

Majlis serah terima tugas tersebut disaksikan oleh Ketua Polis Negeri, Datuk Noor Azam Jamaludin di Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson di sini. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Negeri, Datuk Mohamad Mat Yusop.

Zainudin yang mula berkhidmat dalam PDRM sejak 1977 berkata, beliau bangga kerana dapat mencurahkan bakti kepada negara sehingga ke hari ini dan berharap semua pegawai melaksanakan tugas dengan baik bagi memastikan ketenteraman dan keamanan terus terpelihara. 

“Diharapkan semua pegawai sentiasa memberikan yang terbaik, amanah dan bijaksana dalam menjalankan tanggungjawab kepada negara, agama dan bangsa,” katanya kepada pemberita selepas majlis itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×