Kontrak pekerja pembersihan hospital tanggungjawab pemegang konsesi - Utusan Malaysia

Kontrak pekerja pembersihan hospital tanggungjawab pemegang konsesi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kontrak pekerja perkhidmatan pembersihan di hospital kerajaan adalah tanggungjawab pihak pemegang konsesi dan bukan di bawah Kementerian Kesihatan (KKM), kata Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye.

Beliau berkata ini kerana pekerja pembersihan berkenaan bukan kakitangan kerajaan di bawah KKM. 

“Mereka adalah tanggungjawab pemegang konsesi yang mendapat konsesi untuk khidmat membersih bangunan dan dobi untuk hospital di bawah KKM,” katanya kepada media selepas merasmikan Persidangan Kecemerlangan Terapi dan Sokongan Kanser Payudara di sini, hari ini. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Boon Chye diminta mengulas mengenai kenyataan Parti Sosialis Malaysia (PSM) semalam berkenaan hampir 50,000 pencuci hospital dan klinik kerajaan seluruh negara berdepan risiko dieksploitasi dan dinafikan hak ekoran sistem kontrak tempoh tetap yang tidak memberi jaminan terhadap pekerjaan mereka.

Bagaimanapun, Boon Chye berkata pihaknya akan merujuk kepada Kementerian Sumber Manusia untuk melihat sama ada terdapat masalah kontrak pekerja dengan pihak konsesi berkaitan.

Dalam laporan sebuah portal berita semalam, PSM menggesa kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) segera memansuhkan sistem kontrak tempoh tetap dalam sektor perkhidmatan sokongan di hospital kerajaan dan mengambil pencuci sebagai pekerja tetap, secara terus bawah majikan utama. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×