Lelaki maut terlibat kemalangan motosikal - Utusan Malaysia

Lelaki maut terlibat kemalangan motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 10 Ogos – Seorang lelaki maut selepas motosikal ditungganginya terjatuh selepas bergesel dengan sebuah lagi motosikal dalam kejadian di Jalan Sentul menghala Pasar Sentul di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.49 pagi itu, mangsa Malputra Amirudin, 33, dikejarkan ke hospital akibat kecederaan parah di bahagian kepalanya.

Bagaimanapun, ketika menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur, mangsa disahkan meninggal dunia.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asistan Komisioner Zulkefly Yahya berkata, seorang lagi penunggang motosikal yang terlibat telah melarikan diri sebaik kejadian terbabit.

“Sehubungan itu, siasatan lanjut sedang di jalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×