Kelindan lori putus kaki kiri - Utusan Malaysia

Kelindan lori putus kaki kiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS 10 Ogos – Seorang kelindan lori putus kaki kiri selepas lori yang dinaikinya merempuh belakang sebuah treler di kilometer 85 Jalan Lipis – Merapoh di sini hari ini.

Ketua Polis daerah, Superintenden Azry Akmar Ayob berkata, kejadian kira-kira pukul 6 pagi itu berlaku ketika mangsa dan seorang rakannya yang memandu lori dalam perjalanan dari Kelantan ke Kuala Lumpur membawa muatan isi ayam.

“Apabila sampai di tempat kejadian pemandu lori yang dipercayai dalam keadaan mengantuk itu telah melanggar belakang treler yang dipandu seorang lelaki dari arah sama menuju Kuala Lumpur.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Akibat kejadian menyebabkan kelindan lori cedera parah selepas putus kaki kiri manakala pemandu lori hanya mengalami kecederaan ringan,”katanya di sini hari ini.

Tambahnya, pemandu treler tidak mengalami kecederaan.

Menurutnya kelindan lori dihantar ke Hospital Kuala Krai untuk rawatan lanjut dan berada dalam keadaan stabil manakala pemandu lori mendapat rawatan luar di hospital sama. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×