Permohonan Najib didengar pagi ini - Utusan Malaysia

Permohonan Najib didengar pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 10 Ogos – Mahkamah Tinggi di sini pagi ini akan mendengar permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mendapat perintah larangan terhadap media daripada menerbitkan perbincangan berkaitan merit dan pertuduhan pecah amanah dan salah guna jawatan yang dihadapinya.

Hakim Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali menetapkan demikian pada Rabu lalu selepas membenarkan permohonan peguam Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili bekas Perdana Menteri agar permohonan itu didengar hari ini.

Najib tiba di mahkamah kira-kira pukul 8.50 pagi ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pada 4 Julai lalu, Najib mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan pecah amanah dan satu pertuduhan salah guna jawatan berhubung wang RM42 juta dana SRC International Sdn. Bhd.

Rabu lalu, Ahli Parlimen Pekan itu mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan pindaan ke atas keempat-empat pertuduhan berkenaan selain tiga pertuduhan baharu iaitu beliau didakwa

menerima wang RM42 juta hasil daripada aktiviti haram yang dikaitkan dengan dana syarikat sama. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×