Kucing Siam bantu ayun buaian bayi - Utusan Malaysia

Kucing Siam bantu ayun buaian bayi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARYLAND, Amerika Syarikat – Seekor kucing Siam dirakam membantu pemiliknya mengayun buaian seorang bayi secara perlahan-lahan dalam satu kejadian luar biasa di sini pada Jun lalu.

Pemiliknya, Kimberly Koerber, 32, berkata, dia sedang menjaga anak saudara lelakinya, Shaddix dan meminta kucing peliharaannya bernama Mac itu membantunya mengayun buaian bayi berkenaan.

Kucing berwarna putih dan hitam itu dirakam mengayun buaian berkenaan untuk menidurkan anak saudara Koeber yang berusia enam bulan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya tidak sangka Mac mempunyai kemahiran luar biasa apabila hanya menggunakan sebelah kakinya untuk mengayun buaian Shaddix. Saya agak terkejut dengan bakatnya itu,” katanya.

Bagaimanapun, menurut pelajar kejururawatan itu, keluarganya tidak mempunyai bayi di rumah dan Mac kelihatan teruja apabila melihat kehadiran Shaddix di rumah tersebut pada bulan lalu.

– Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini