Dua beradik antara enam penagih dadah ditahan dalam rumah - Utusan Malaysia

Dua beradik antara enam penagih dadah ditahan dalam rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM – Dua beradik antara enam penagih dadah yang ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Banting di sini malam tadi.

Kesemua penagih dadah berusia 14 hingga 56 tahun itu diberkas pada pukul 8.30 malam.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Nor Azmi Isa berkata, serbuan berkenaan hasil maklumat orang awam mengenai aktiviti mencurigakan di rumah tersebut terutama pada waktu malam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, rumah itu disewa oleh seorang penagih sejak beberapa bulan yang lalu.

“Hasil pemeriksaan di rumah itu menemui dadah jenis heroin seberat 79.2 gram dan syabu seberat 0.4 gram.

“Nilai keseluruhan dadah adalah RM2,050,” katanya pada satu sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau menambah, ujian kencing mendapati kesemua suspek positif dadah dengan seorang daripadanya mempunyai 10 rekod jenayah lampau.

Jelas Nor Azmi, kesemua suspek kini direman selama tujuh hari bermula semalam.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39B dan 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×