Parlimen: Lim Guan Eng pertahan kenyataan berhubung isu tuntutan GST - Utusan Malaysia

Parlimen: Lim Guan Eng pertahan kenyataan berhubung isu tuntutan GST

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mempertahankan kenyataannya berhubung RM18 bilion wang tuntutan cukai input bagi Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang sepatutnya dibayar balik kepada peniaga telah ‘dirompak’ kerajaan terdahulu.

Beliau kekal bertegas mengenai meskipun diasak beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) termasuk Tan Sri Noh Omar (Tanjong Karang); Datuk Seri Hamzah Zainudin (Larut), Khairy Jamaluddin (Rembau) dan Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong (Ayer Hitam) yang memintanya menarik perkataan ‘rompak’ memandangkan siasatan masih berjalan.

Guan Eng ketika menggulung Rang Undang-Undang Kastam (Pindaan) 2018 berkata, satu siasatan terbuka mengenai perkara itu dengan dipimpin oleh individu luar yang bebas dan berpengalaman bakal disyor kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad selepas selesai siasatan dalaman.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Seri Dr. Ismail Bakar dilantik mengetuai siasatan dalaman itu.

“Ini supaya rakyat boleh mengetahui tentang kebenaran kes ini,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini