Kesatuan ummah tonggak kekuatan negara - Raja Muda Perlis - Utusan Malaysia

Kesatuan ummah tonggak kekuatan negara – Raja Muda Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 9 Ogos – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menegaskan bahawa kesatuan, persamaan dan persaudaraan merupakan nilai-nilai fundamental yang menjadi pemangkin bagi perkembangan, kemajuan dan kemakmuran sesebuah negara. 


Titah baginda, semangat al-Quran juga secara keseluruhan sebenarnya adalah semangat kesatuan ummah. 


Kerana itu, titah baginda, jumlah ayat yang menganjurkan semangat persatuan atau perpaduan lebih banyak daripada ayat yang menjelaskan perihal perpecahan.


Memuatkan artikel berkaitan…

Demikian titah baginda melalui siaran media yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) ketika baginda berkenan berangkat menyerahkan sumbangan agihan zakat MAIPs kepada Masjid Assalam di Sankhan Phaeng di pinggir bandar Chiang Mai, ketika baginda berada di sana baru-baru ini.


Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Tuan Imam, Ustaz Mahaootari Sricna.


Berangkat sama mengiringi baginda ialah anakanda bongsu, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.


Baginda yang juga merangkap Yang DiPertua (MAIPs) turut menambah bahawa tiada alasan bagi sesama umat Islam untuk berpecah belah kerana Al-Quran mengajar umatnya agar jangan terlalu cepat menghukum orang lain. 


Itulah yang diajarkan atau disarankan oleh al-Quran sebagai usaha ke arah menghasilkan kesejahteraan negara, titah baginda.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini