Akibat mabuk, warga emas cetus panik keluarkan pistol - Utusan Malaysia

Akibat mabuk, warga emas cetus panik keluarkan pistol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 9 Ogos – Seorang warga emas berusia 61 tahun mencetuskan suasana panik apabila dia secara tiba-tiba mengeluarkan sepucuk pistol di pusat beli-belah Centrepoint, Bandar Utama, semalam.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), lelaki berkenaan didapati jatuh kerana kecuaian sendiri sebelum kepalanya terhentak pada bucu meja makan.

Menurut sumber, lelaki berkenaan pada asalnya minum minuman keras di Restoran Granite Kitchen & Lounge bersama seorang rakan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Namun setelah pemilik restoran berkenaan memanggil ambulans, pasukan paramedik tiba memberi rawatan, ketika itulah lelaki tersebut mengeluarkan sepucuk pistol.

“Melihat kejadian tersebut, panggilan kecemasan telah dibuat kerana tindakannya mencetuskan suasana panik dalam kalangan orang ramai,” katanya.

Insiden berlaku kira-kira pukul 6 petang dan lelaki tersebut dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Md Zani Che Din dalam satu kenyataan, lelaki tersebut yang juga merupakan seorang pesara ditahan dan kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×