[VIDEO] Honda City milik pembantu khas Tiong Lai dilanggar lima kali - Utusan Malaysia

[VIDEO] Honda City milik pembantu khas Tiong Lai dilanggar lima kali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG 9 Ogos – Seorang lelaki bertindak nekad merempuh kereta jenis Honda City milik pembantu khas, bekas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang diletakkan di belakang pacuan empat roda miliknya di tempat letak kereta di Jalan Dato Poo Yew Choy di sini Ahad lalu.

Difahamkan dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 malam itu, mangsa Wong Thim Cheong meletakkan keretanya di belakang kenderaan suspek dan minum di bahagian luar sebuah kedai makan berhampiran.

Akibat kejadian, mangsa yang menyedari kejadian selepas terdengar rempuhan pertama mengalami kerugian kira-kira RM15,000.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis daerah, Superintenden Yusof Unis berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 malam itu mangsa difahamkan meletakkan keretanya seketika untuk bertemu dengan rakannya.

“Siasatan awal mendapati Thim Chong meletakkan kenderaan di belakang kereta suspek sehingga menghalang kereta suspek keluar daripada tempat letak kereta.

“Tindakan berkenaan menyebabkan suspek berang dan merempuh kenderaan mangsa sebanyak lima kali secara mengudur,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya pihak polis telah mengambil keterangan daripada kedua-dua pemilik kenderaan dan suspek ditahan bagi membantu siasatan. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×