Khairy Jamaluddin buat laporan polis terhadap Guan Eng - Utusan Malaysia

Khairy Jamaluddin buat laporan polis terhadap Guan Eng

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 9 Ogos – Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin membuat laporan polis berhubung dakwaan Lim Guang Eng kerajaan BN telah ‘merompak’ bayaran balik GST bernilai RM18 bilion.

Laporan terhadap dakwaan Menteri Kewangan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul petang ini.

Guan Eng membuat tuduhan itu semalam pada sesi membentangkan Rang Undang-Undang GST (Pemansuhan) 2018 di Dewan Rakyat berkata, kerajaan akan berusaha melunaskan tunggakan tuntutan cukai input bagi GST mulai tahun depan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut beliau, tunggakan pembayaran bagi tuntutan cukai input GST sejak 1 April 2015 hingga 31 Mei lalu berjumlah RM19.4 bilion dan mengikut rekod Jabatan Kastam terdapat kira-kira RM18 bilion belum dibayar.

Khairy dalam twitternya menggesakan satu siasatan terbuka dibuat oleh polis dan mereka yang terlibat perlu dihadapkan ke mahkamah.

Menurut Khairy, siasatan dalaman Kementerian Kewangan sahaja tidak memadai kerana dakwaan berkenaan sangat serius. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini