Polis cekup ‘geng’ kaki ganja - Utusan Malaysia

Polis cekup ‘geng’ kaki ganja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANGKAK 9 Ogos – Polis berjaya memberkas lima lelaki bersama-sama 11.752 kilogram dadah disyaki ganja dalam serbuan di sebuah kebun sayur di Bukit Gambir, semalam.

Ketua Polis daerah, Superintenden Mohad Idris Samsuri berkata, dadah terbabit yang ditemukan berbungkus dalam 11 paket besar serta tiga paket kecil bernilai kira-kira RM29,380.

“Kelima-lima suspek yang berusia antara 30 hingga 47 tahun leka berbual ketika serbuan pada pukul 3.30 petang dilakukan, empat daripada mereka positif ganja manakala seorang lagi suspek negatif ujian air kencing.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pemeriksaan ke atas seorang suspek turut menemukan sepaket lagi ganja seberat 5.1 gram berserta wang tunai berjumlah RM2,361,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak, di sini sebentar tadi.

Mohad Idris berkata, kesemua suspek kini direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×