Pemilihan PKR: Calon diingatkan jangan salah guna kuasa, ugut untuk undi - Utusan Malaysia

Pemilihan PKR: Calon diingatkan jangan salah guna kuasa, ugut untuk undi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Jawatankuasa Pemilihan Pusat  (JPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) diarah memantau calon yang bertanding supaya tidak menyalah guna kuasa dalam usaha meraih kemenangan dalam pemilihan parti itu.

Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menang tanpa bertanding jawatan Presiden parti berkata, ini termasuk mereka yang mempunyai jawatan tinggi seperti Menteri, Menteri Besar dan Exco kerajaan negeri agar mereka tidak menggunakan kedudukan untuk memujuk atau mengugut mana-mana anggota parti untuk meraih sokongan.

“Seperti disebut Pengerusi JPP PKR, Datuk Rashid Din semalam belum ada laporan rasmi tapi kebimbangan dah dengar dan disuarakan serta saya dengan tegas mahu ini mesti dihentikan,” katanya dalam sidang akhbar di ibu pejabat PKR di sini hari ini. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selagi saya diberi mandat memimpin saya tidak akan bertolak ansur kerana parti ini ditegakkan untuk menentang rasuah, pembaziran, penyalahgunaan kuasa dan keangkuhan kuasa. Jadi dalam tindak tanduk kita, setelah kita menang, sama ada kawan atau lawan tidak harus pamerkan sikap sedemikian,” tegasnya.

Anwar turut mengingatkan JPP PKR supaya sentiasa bertindak bersih dan bebas sepanjang tempoh pemilihan parti itu yang dijadual berlangsung dari 14 September hingga 13 Oktober. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×