Mat Sentul mohon didoakan kesejahteraannya - Utusan Malaysia

Mat Sentul mohon didoakan kesejahteraannya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 9 Ogos – Pelakon veteran, Mat Sentol atau nama sebenarnya Abdul Rasip Yahya yang kini masih dirawat meminta peminat mendoakan kesejahteraannya agar boleh pulang dan berehat dengan keluarga di kediamannya di Larkin di sini.

Mat Sentol, 85, dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini Isnin lalu akibat strok haba.

Beliau yang juga pengarah, penulis skrip dan pencipta lagu memaklumkan kini sihat dan cuma sedikit keletihan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pastinya saya mahu peminat mendoakan untuk kesihatan saya, agar saya boleh pulang le rumah,” katanya ditemui pemberita di HSA, di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir, Pengerusi Yayasan Kebajikan Artis Tanahair, Datuk DJ Dave.

Sementara itu, anaknya, Roslee Rashid, 57, berkata, sebelum itu ayahnya pernah dimasukkan ke HSA pada 30 Julai dan dibenarkan keluar pada 2 Ogos lalu.

“Ketika itu beliau dimasukkan ke hospital juga kerana strok haba.

“Selain itu beliau tidak mempunyai sebarang penyakit, beliau seorang yang aktif dan sering berjalan sekiranya berpeluang,” katanya yang juga berharap masyarakat khususnya peminat ayahnya mendoakan kesihatan pelakon veteran itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×