Lambat atau cepat Anwar tetap jadi Perdana Menteri - Utusan Malaysia

Lambat atau cepat Anwar tetap jadi Perdana Menteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR 9 Ogos – Pemerhati politik melihat sama ada cepat atau lambat Presiden PKR yang baharu, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap akan menggantikan Tun Dr. Mahathir Mohamed sebagai Perdana Menteri.

Dalam masa sama, beliau berpandangan, Anwar perlu sekali lagi bergandingan dengan Dr. Mahathir sebagai Timbalan Perdana Menteri sebelum melakukan peralihan kuasa tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya percaya Dr. Mahathir akan mengotakan janjinya itu (peralihan kuasa dalam tempoh dua tahun). Lagi pun tingkah laku Dr. Mahathir hari ini bukan seperti dahulu.

“Kalau kita lihat pada masa ini, Dr. Mahathir cuba sebaik mungkin untuk menjalinkan hubungan baik dengan Anwar dan dalam masa sama Dr. Mahathir juga memerlukan pertolongan Anwar dalam menguruskan negara,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini, Anwar sedia mengadakan perbincangan dengan Dr. Mahathir berhubung penyertaannya semula ke dalam Parlimen.

Anwar dilaporkan berkata, peralihan kuasa sebagai Perdana Menteri tidak perlu dilakukan secara terburu-buru dan buat masa ini tetap menyokong Dr. Mahathir untuk mengemudi kerajaan tanpa sebarang tekanan serta gangguan.

Bagaimanapun, Anwar masih berpegang kepada kesepakatan sesama pimpinan Pakatan Harapan sebelum ini bahawa peralihan kuasa akan berlaku mengikut tempoh yang dipersetujui, iaitu dalam masa dua tahun selepas Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini