Parlimen: SPR teliti cadangan penambahbaikan PRU - Utusan Malaysia

Parlimen: SPR teliti cadangan penambahbaikan PRU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang meneliti cadangan penambahbaikan bagi pilihan raya umum akan datang, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin.

Beliau berkata, Jawatankuasa Pembaharuan Institusi (IRC) telah mengemukakan cadangan penambahbaikan selepas meneliti pandangan pelbagai pihak.

“Cadangan pembaharuan ini sekiranya dilaksanakan akan melibatkan pindaan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang berkaitan pilihan raya. Pengemaskinian dan penelitian kepada proses sedia ada memerlukan tempoh masa yang bersesuaian,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau menjawab soalan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) yang ingin tahu mengenai langkah-langkah serta strategi jangka pendek dan panjang kerajaan dan SPR untuk menguatkan dan memulihkan integriti sistem dan proses pilihan raya di negara ini.

Menjawab soalan tambahan Poay Tiong yang mahu kerajaan mengarahkan SPR menyelesaikan isu daftar pemilih yang sering mencetuskan kontroversi dalam pilihan raya, Mohamed Hanipa  menegaskan  kerajaan tidak akan mengganggu tugas SPR sebagai badan bebas dan berkecuali. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×