Harap Najib tidak terasa hati - Utusan Malaysia

Harap Najib tidak terasa hati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 9 Ogos – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dinasihatkan supaya tidak terasa hati dengan kritikan dan pandangan beberapa kepemimpinan tertinggi UMNO terhadapnya secara terbuka.

Dr. Ahmad Zahid Hamidi
Dr. Ahmad Zahid Hamidi

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebahagian besar ahli dan pemimpin UMNO yang lain bersimpati dan memahami tekanan yang dihadapi Najib serta berharap bekas ketuanya itu dapat menghadapi situasi berkenaan dengan tenang.

“Saya harap Najib tidak terasa hati dengan pendapat-pendapat yang sedemikian. Kami memahami tekanan yang beliau hadapi dan kami bersimpati namun kami menghormati proses perundangan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Semoga Najib dapat melalui proses ini dengan penuh ketenangan dan ketabahan dan saya tidak mengharapkan minda dan perasaan beliau terganggu dengan komen yang sedemikian,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Semalam, Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, UMNO memilih untuk menjarakkan diri daripada Najib sekali gus menggambarkan beliau sebagai ‘beban’ yang perlu disingkirkan bagi membolehkan parti mendapat semula sokongan.

Sebelum itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Johari Abdul Ghani juga mendesak agar Najib tidak dibenarkan berkempen untuk parti dan BN dalam mana-mana pilihan raya kecil akan datang kerana ia dikhuatiri membawa persepsi negatif. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×