KUALA LUMPUR 9 Ogos – Pelakon cantik, Hanez Suraya, 33, mendedahkan dirinya pernah mengalami penyakit kerisauan melampau (anxiety) selepas bersalin anak pertamanya pada Disember 2015.
Menurut Hanez, sejurus selepas melahirkan Putri Aleesya yang kini berusia 3 tahun, perlahan-perlahani tahap kebimbangannya terhadap sesuatu perkara makin kronik.
“Mula-mula, semuanya baik-baik sahaja. Tiba-tiba sampai satu tahap, saya berasa paranoid untuk melakukan macam-macam perkara.
“Ketika hendak makan pun, saya berasa resah. Lebih teruk, sebelum menyuap sesuatu makanan ke mulut, saya akan buat kajian dulu di internet untuk mengetahu isi kandungannya,” jelas Hanez.
Disebabkan itu, ujar Hanez, berat badannya turun kerana takut untuk memakan daging ayam, lembu dan sebagainya kecuali makanan laut serta sayur-sayuran.
Hanez ditemui sewaktu majlis pelancaran ubat gigi Aurawhite di Meet & Dine, Cheras semalam.
Berkongsi akan keresahannya itu pada laman Instagram, barulah Hanez mendapat tahu dirinya mengalami masalah anxiety.
“Kemudian, saya mula banyakkan pembacaan mengenai permasalahan tersebut termasuklah berhubung dengan organisasi berwajib,” katanya yang mendapat maklumat terperinci daripada Mental Illness Awareness & Support Association (Miasa) Malaysia.
Tidak lama selepas menyertai kelas anjuran Miasa, saya dapati segala-galanya semakin beransur pulih.
“Dalam kelas tersebut, saya didedahkan dengan pelbagai aktiviti keagamaan seperti mengaji serta tazkirah bersama-sama golongan berfikiran positif,” akuinya. – UTUSAN ONLINE











