JPJ Kedah keluarkan 6,459 saman kepada pemandu kenderaan berat - Utusan Malaysia

JPJ Kedah keluarkan 6,459 saman kepada pemandu kenderaan berat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah mengeluarkan sebanyak 6,459 saman bernilai RM1.9 juta kepada pemandu kenderaan berat kerana melakukan pelbagai kesalahan terutama membawa muatan berlebihan dan secara berbahaya dalam Ops Tutup sejak Januari lalu.

Pengarahnya, Isma Suhaimi Sharif berkata, sebanyak lima siri operasi penguatkuasaan dilakukan sehingga bulan lalu di beberapa lokasi 
termasuk laluan lori berhampiran tapak kuari.

“Kita juga memilih lokasi operasi berdasarkan aduan pengguna jalan raya dan penduduk sekitar tentang operasi lori yang boleh membahayakan keselamatan orang ramai,” katanya pada sidang akhbar di JPJ negeri di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kata beliau, kebanyakan kawasan operasi adalah berhampiran dengan kawasan kuari batu seperti di Bukit Perak, Pendang, Kelubi di Jitra 
dan Tunjang dekat sini.

“Sebanyak 12 kenderaan berat disita kerana turut didapati Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh dan tiada perlindungan insurans,” 
ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×