RUU355 bukan keutamaan Pusat - Utusan Malaysia

RUU355 bukan keutamaan Pusat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 9 Ogos – Rang Undang-undang Mah­kamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) Pindaan 2016 (RUU355) bukan keutamaan kerana kerajaan Pusat mahu membangunkan Mahkamah Syariah dan undang-undang Islam di negara ini secara lebih holistik.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa berkata, sehubungan itu,

jawatankuasa bersama ditubuhkan kerajaan Persekutuan dengan kerajaan Pas Kelantan dalam membincangkan RUU355 sebelum ini sudah tidak berfungsi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dasar kerajaan baharu melihat usaha membangunkan Mahkamah Syariah dalam kerangka yang lebih holisitik termasuk menambah baik intipati dari segi hakim, penguatkuasaan, infrastruktur dan lain-lain.

“Perkara-perkara itu adalah keutamaan kita, sedangkan RUU355 itu belum menentukan bahawa Mahkamah Syariah boleh diperkasakan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri sesi dialog bersama rakyat anjuran Pertubuhan Prihatin Rakyat Kelantan (Prikel) di sini malam tadi.

Dalam perkembangan lain, Mujahid memberitahu, pihaknya sedang merangka kaedah baharu bagi menilai kembali kualiti Guru Takmir dan guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) bagi memastikan kumpulan tersebut benar-benar melakukan tugas dengan efisien.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan menamatkan perkhidmatan mana-mana guru yang didapati tidak menjalankan tugas dengan baik.

“Kita kena buat penilaian teliti terhadap semua guru dan ini bukan mudah kerana ada lebih 30,000 Guru Takmir dan Kafa di seluruh negara,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini