[VIDEO] Polis bantuan KLIA2 direman empat hari - Utusan Malaysia

[VIDEO] Polis bantuan KLIA2 direman empat hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 9 Ogos- Seorang anggota polis bantuan yang bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) direman selama empat hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah.

Perintah reman yang bermula hari ini itu dikeluarkan oleh Majistret Ainna Sherina Saipolamin selepas membenarkan permohonan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Lelaki berumur 33 tahun yang berpangkat koperal itu dibawa ke Mahkamah Majistret di sini bagi mendapatkan perintah reman pada pukul 9.38 pagi dengan memakai baju lokap SPRM dan tangan digari.

Memuatkan artikel berkaitan…

Suspek ditahan pada pukul 3.20 petang semalam di KLIA2 kerana disyaki menerima suapan sebanyak RM 1,300 daripada seorang lelaki warga asing sebagai balasan untuk melepaskan barangan yang melebihi berat untuk menaiki penerbangan ke Bandung, Indonesia.

Menurut sumber, beberapa individu lain akan dipanggil susulan penahanan polis bantuan berkenaan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Putrajaya, Ruslan Che Amad ketika mengesahkan tangkapan tersebut berkata, suspek direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.- UTUSAN ONLINE

Video oleh HAKIMI ISMAIL

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×