Ringgit rendah berbanding dolar AS - Utusan Malaysia

Ringgit rendah berbanding dolar AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Ringgit rendah berbanding dolar AS dalam dagangan awal pagi ini apabila penurunan harga minyak global menjejaskan sentimen belian terhadap unit tempatan itu.  

Pada 9.08 pagi, unit tempatan berada pada 4.0745/0775 daripada 4.0740/0770 yang dicatatkan pada paras penutup semalam.

Seorang peniaga berkata para pedagang bimbang penurunan harga minyak global akan mengurangkan hasil negara daripada sektor minyak dan gas, selain keadaan tidak menentu dalam perdagangan luar yang disebabkan oleh ketegangan geopolitik antara Amerika Syarikat (AS) dan China.

Memuatkan artikel berkaitan…

Minyak mentah AS turun 12 cents kepada AS$66.82 (RM 272.32) setong, manakala penanda aras minyak mentah BRENT turun dua cents kepada AS$72.26 (RM294.50).
Berbanding mata wang utama lain, ringgit didagangkan kebanyakannya rendah kecuali berbanding pound British yang meningkat kepada 5.2443/2498 daripada 5.2567/5614 pada Rabu. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×