Real Madrid sah sambar Courtois - Utusan Malaysia

Real Madrid sah sambar Courtois

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID 9 Ogos – Real Madrid telah menandatangani penjaga gol antarabangsa Belgium Thibaut Courtois dari Chelsea, dengan pemain tengah Croatia Mateo Kovacic dipinjamkan ke kelab Liga Perdana Inggeris itu, lapor pasukan gergasi Sepanyol tersebut hari ini.

Courtois telah bersetuju untuk menandatangani perjanjian selama enam tahun dan Real bersedia membayar 35 juta euro (RM166 juta), lapor media Sepanyol.

“Pemenang Sarung Tangan Emas dalam Piala Dunia terakhir (Courtois) akan menandatangani johan Liga Juara-Juara (Real) selepas mempamerkan prestasi mengagumkan di Rusia.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selepas menjalankan ujian perubatan pada Khamis lalu (9 Ogos), dia akan diperkenalkan secara rasmi di Santiago Bernabeu dalam masa terdekat,” kata Real Madrid menerusi satu kenyataan.- REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×