Jangan jadikan kekangan kewangan sebagai alasan - Shahidan - Utusan Malaysia

Jangan jadikan kekangan kewangan sebagai alasan – Shahidan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 8 Ogos – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak sepatutnya menggunakan faktor kekangan kewangan sebagai alasan untuk mengurangkan aset keselamatan di kawasan sempadan perairan negara.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, keputusan meletakkan aset keselamatan secara berkala di Beting Patinggi Ali, Sarawak seolah-olah menunjukkan kerajaan tidak mengutamakan keselamatan rakyat.

“Kalau nak kurangkan kos negara maka hadir secara berkala, jadi esok-esok kalau negara lain datang tuntut negara kita, kita nak kurangkan kos lagi?

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tidak ada kos dalam hal-hal berkaitan menjaga keselamatan negara,” katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen, hari ini.

Dalam jawapan bertulis yang diedarkan di bangunan Parlimen hari ini, kerajaan menyatakan, pasukan keselamatan seperti Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) akan ditempatkan secara berkala di Beting Patinggi Ali.

Shahidan yang juga Ahli Parlimen Arau menambah, tindakan kerajaan PH itu mendedahkan negara dengan pelbagai ancaman dan risiko yang boleh menjejaskan keselamatan rakyat.

“Selain rundingan diplomatik, sepatutnya aset-aset negara perlu diletakkan 24 jam sehari di kawasan tersebut kerana ia terletak 83 kilometer daripada 200 batu nautika perairan negara,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini