PULAU PINANG 8 Ogos – Seorang wakil rakyat DAP mahu kerajaan negeri memberi tekanan kepada Kerajaan Persekutuan berhubung isu pemberian peruntukan kepada sekolah bukan kebangsaan.
![]() |
|
M. SATEES
|
M. Satees (DAP-Bagan Dalam) berkata, tekanan berkenaan perlu supaya Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dan sekolah mubaligh mendapat layanan sama rata dengan Sekolah Kebangsaan (SK).
Katanya, ini kerana banyak sekolah kategori berkenaan menghadapi masalah kewangan serta berada dalam keadaan daif.
“Di kawasan saya, terdapat tiga sekolah termasuk SJKT tidak mempunyai dana yang mencukupi sehingga terpaksa membuat kutipan derma untuk membayar bil elektrik,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini hari ini.
Katanya, tekanan berkenaan perlu diberikan supaya nasib murid-murid sekolah berkenaan terbela. – UTUSAN ONLINE












